Soalan Emas Yang Boleh Ditanya Pada Diri Sendiri Untuk Mengatasi Fikiran Negatif

Soalan emas yang boleh ditanya pada diri sendiri untuk mengatasi fikiran negatif.

Setiap kali anda berdepan dengan fikiran negatif, kerisauan atau rasa tiada harapan, ada soalan ringkas untuk anda tanyakan pada diri sendiri yang biasanya akan memberikan hasil ajaib.

 

soalan emas yang boleh ditanya pada diri sendiri untuk mengatasi fikiran negatif

 

“Jika orang yang saya kasihi berada di tempat saya, patutkah saya memberitahu fikiran negatif yang sedang saya hadapi di saat ini pada mereka?”

Alasan kepada teknik ringkas ini boleh menjadi begitu kuat kerana bertanya pada diri sendiri mendatangkan kesan seperti menjarakkan anda dari fikiran sendiri dan melihat ia dari sudut yang berbeza.

Apabila anda melakukan perkara ini, anda akan selalunya sedar bahawa anda sedang berkeras dengan diri sendiri.

Sebagai contoh, sahabat anda tidak cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapinya, adakah anda fikir bahawa dia bodoh dan tidak akan dapat pekerjaan yang baik

Sudah pasti anda takkan berfikir sedemikian dan anda takkan membuat kesimpulan yang sama pada diri anda sendiri.

Sama seperti sahabat anda yang tak dapat memasuki universiti kerana tidak cemerlang dalam pelajaran seperti anda. Adakah nasib beliau lebih buruk hanya kerana bekerja dengan kelulusan yang tidak sama seperti anda?

Oleh itu, anda tak seharusnya membuat kesimpulan pada orang lain dengan sewenang-wenangnya jika anda meletakkan situasi itu pada diri sendiri.

Kami berharap strategi ini dapat membantu anda untuk bersikap adil dan baik pada diri anda sendiri.

 

Dapatkan ebook dari kami, khas untuk membantu anda pulih dari depresi :

–>Klik sini untuk tempah ebook Depresi Bukan Fantasi<–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *