5 Tanda Depresi Yang Menimpa Anda Dan Pasangan Tanpa Sedar

5 tanda depresi yang menimpa anda dan pasangan tanpa sedar

Depresi atau kemurungan adalah masalah yang serius dan tak boleh dipandang ringan. Boleh jadi ia dialami oleh diri anda dan pasangan. Tak ramai orang tahu derita yang dialami oleh penghidapnya kalau tak berpengalaman mengalaminya. Ada 5 tanda depresi yang menimpa anda dan pasangan tanpa sedar.

 

5-tanda-depresi-yang-menimpa-anda-dan-pasangan-tanpa-sedar
Usah biar depresi merampas kebahagiaan anda. Rawat segera sebelum padah menimpa.

 

Sesetengah orang berfikir depresi ini serupa sahaja dengan keadaan tertekan. Maaf, itu bukan pendapat yang benar. Penyakit mental seperti depresi ini boleh mengganggu fungsi otak yang mengubah proses pemikiran, perasaan dan sikap seseorang sekaligus menjejaskan aktiviti seharian.

Mereka yang ditimpa depresi memilih untuk berdiam diri daripada mendapatkan bantuan kerana perbezaan pendapat masyarakat tentang depresi. Di antara tanda-tanda depresi yang menimpa seseorang secara tanpa sedar boleh dirujuk menerusi senarai di bawah :

 

1. Berada dalam keadaan tidak ceria dan sukar bergembira.

Pernah lihat seseorang itu cepat sentap, mudah naik angin, kerap berdiam diri dan suka menyendiri? Ada waktunya mereka hanya berbaring di katil tanpa berbuat apa-apa. Nampak seperti mereka tak perlukan bantuan, namun percayalah bahawa mereka mahu dirinya dibantu dengan kata-kata semangat dari insan terdekat.

 

2. Sukar fokus pada sesuatu perkara.

Depresi akan menyebabkan perhatian anda terganggu. Masalah ini nampak kecil sahaja, tetapi ia adalah tanda-tanya depresi yang hadir tanpa disedari. Ketika anda diminta menyelesaikan satu tugasan, anda sukar untuk menumpukan perhatian dengan mudah walau pun tugasan itu amat mudah contohnya menyapu sampah.

Dalam minda anda sibuk memikirkan nak sapu sampah dari arah mana dahulu, depan atau belakang dan kiri atau kanan dahulu. Lama-kelamaan tugas sapu sampah yang sepatutnya selesai dalam masa 10 minit boleh memakan masa sehingga 50 minit akibat terlalu banyak berfikir.

 

3. Mengalami gangguan tidur.

Insomnia atau kesukaran tidur adalah salah satu tanda depresi. Terlalu banyak perkara yang singgah difikiran anda sehingga sukar untuk melelapkan mata. Sudah lama masuk bilik dan berbaring di atas katil, namun minda anda masih berlegar-legar dengan permasalahan dan perkara-perkara yang mengusutkan fikiran sehingga memaksa mata anda celik sehingga berjam-jam lamanya.

 

4. Berfikir untuk menamatkan riwayat sendiri.

Ada beberapa penghidap depresi yang mula mencari jalan mudah untuk melepaskan diri dengan membunuh diri. Mereka seakan-akan tidak menjumpai jalan keluar dari derita yang dialaminya. Menamatkan nyawa sendiri adalah pilihan terakhir yang mereka percayai akan dapat meleraikan kekusutan di dalam minda mereka.

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang menghadapi depresi, mereka perlukan bantuan anda. Bantu mereka berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan nasihat.

 

5. Bijak menyembunyikan masalah.

Penghidap depresi biasanya berbohong untuk menyimpan masalah mereka. Kebiasaanya mereka akan berkata “saya okay” atau “saya tak ada apa-apa” bila ditanya. Mereka percaya bahawa dengan cara ini akan dapat menghilangkan kerisauan orang lain pada mereka.

 

Cara untuk pulihkan depresi diri dan pasangan

Jika anda dan pasangan mengalami salah satu atau sebahagian besar tanda-tanda depresi seperti yang kami senaraikan di atas, usah berlengah lagi untuk berjumpa dengan yang pakar.

Selain itu, kami cadangkan anda untuk mendapatkan bahan bacaan yang boleh membantu anda untuk meringankan derita depresi daripada terus menghantui diri anda.

 

Dapatkan ebook Depresi Bukan Fantasi untuk kebahagiaan hidup anda.

–>Klik sini untuk tempah ebook Depresi Bukan Fantasi<–

 


Email Marketing by Benchmark


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *